send link to app

ZakatN9 - Negeri Sembilan


4.8 ( 208 ratings )
Narzędzia Produktywność
Desenvolvedor: Unity App Studio Pte Ltd
Darmowy

Aplikasi ZakatN9 adalah inisiatif Pusat Zakat Negeri Sembilan dalam menyediakan kemudahan pembayaran zakat secara atas talian kepada pembayar yang ingin menunaikan kewajipan berzakat dalam versi smartphone dan tablet.

Aplikasi ini menyediakan kemudahan pengiraan zakat, pembayaran zakat secara atas talian dan boleh membuat semakan rekod bayaran zakat di Negeri Sembilan.

Selain itu juga pengguna boleh melihat maklumat berkaitan PZNS seperti berita-berita zakat, lokasi kaunter PZNS dan boleh memuat turun borang permohonan bantuan zakat dan banyak lagi.

Ciri-ciri utama :
1. Memudahkan anda membuat taksiran zakat di mana sahaja,bila-bila masa dengan menggunakan Kalkulator Zakat.
2. Membuat pembayaran zakat secara atas talian melalui Kad Kredit Islamik dan Debit, Perbankan Online dan FPX.
3. Semakan rekod bayaran zakat harta serta maklumat diri anda melalui Penyata Bayaran.
4. Boleh mengetahui maklumat aktiviti dan berita terkini yang dijalankan oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan
5. Muat turun borang bantuan permohonan bantuan zakat.
6. Lokasi kaunter cawangan PZNS di semua Negeri Sembilan.

Kami akan sentiasa memastikan anda mampu melaksanakan ibadah zakat dengan sempurna dan tanpa keraguan demi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.

Ciri-ciri tambahan terkini :-
1. Pembayaran Fidyah - Anda kini boleh membayar fidyah melalui aplikasi ini
2. Bayaran Secara Terus - Anda boleh membayar zakat secara terus tanpa perlu mengira jumlah zakat yang wajib dibayar